Jumat, 29 Agustus 2008

KENAPA HARUS KE KL

Apa-apa permohonan berkaitan koop harus dapat kelulusan dari SKM KL. Ini melambatkan lagi urusan koop, misalnya untuk dapatkan kelulusan penubuhan, penangguhan, permohonan bantuan kewangan dan pinjaman TMP semuannya harus minta dari KL. Pengarah SKM negeri kini hanya boneka yang tidak berkuasa lagi tidak seperti dulu. Minta skoongan dari KLpun bukannya mudah, macam-macam ditanya, bukan macam dulu yang hanya minta dari Pengarah negeri, urusannya cukup mudah sebab mereka punya maklumat koop tersebut. Harapkan SKM lebih baik dari JPK rupanya sebaliknya.

Selasa, 12 Agustus 2008

Birokrasi Dalam SKM Membunuh Koperasi

Memohon penangguhan MAT perlu hantar ke Ibu Pejabat, apalagi yang babitkan pinjaman atau bantuan kewangan. Bayangkan untuk menunggu kelulusan berbulan lamanya. Permohonan kami untuk menunda MAT ke bulan Ogos 2008 hingga kini belum lagi ada keputusannya. Jadi macam mana koperasi nak maju. Sepatutnya pengarah negeri diberi kuasa untuk membuat keputusan hal yang sebigtu rupa termasuk juga bantuan atau pinjaman kewagan di bawah RM 100,000.00. Kalau tidak SKM dengan JPK 2 x 5 sama juga..pimai-pimai tang tu juga.

Senin, 11 Agustus 2008

DPIM Sabah Anjurkan Kursus Halal

DPIM Cawangan Sabah akan menganjurkan kursus Halal pada 22 hingga 24 Ogos di Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi di Kinarut. Penyertaan percuma. Hubungi En. Ag Thomas hj Atahi di talian 088-241253 / 014-8645719

Minggu, 10 Agustus 2008

Seminar Pendidikan Asas

Koperasi Temasa Berhad akan megadakan seminar pendidikan Asas Koperasi dengan kerjasama MKM Cawangan Sabah Pada 17 Ogos 2008 di Dewan Sinar Mustika Putatan

Sabtu, 09 Agustus 2008

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 17.08.2008

Semua Anggota Kotema Berhad dijenput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan pada :-
Tarikh : 17 Ogos 2008 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Sinar Mustika, Putatan.
Perasmi : YB Datuk Ghulam Khaidar Khan, Tim.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Elaun kehadiran mesyuarat sebanyak RM 100.00 akan diberikan kepada setiap anggota Kotema Bhd.